Pembangunaan senjata anti kereta kebal dan langkah penangkisan Kereta_kebal_semasa_Perang_Dingin

Kereta kebal M60 Patton Israeli dibinasakan semasa Perang Yom Kippur.

Terdapat juga perbincangan bahawa kereta kebal adalah lapuk dan belanjawan mengurang sedikit selepas Perang Yom Kippur 1973 apabila kereta kebal Israel dibinasakan dalam bilangan besar yang tidak pernah berlaku menggunakan peluru berpandu berwayar disandang (ATGMs), ditembak oleh tentera pejalan kaki Mesir. Analisa berikutnya menunjukkan bahawa pasukan Israel memandang rendah lawan mereka pada fasa pertama perang; kesemua taktik kereta kebal mereka mengabaikan keupayaan baru tentera pejalan kaki yang dilengkapi dengan senjata AT murah bagi menghentikan kereta kebal. Penyelesaian pada persekitaran medan pertempuran baru ini adalah gabungan taktikal dan teknikal. Secara tektik, terdapat kesedaran baru bagi keperluan taktik gabungan persenjataan. Ini mendorong pada mekanisma pasukan infantri dan kemajuan taktik artileri maju dan kepala peledak. Kereta kebal bersendirian lemah pada infantri, tetapi gabungan pasukan kereta kebal, infantri mekanikal, dan artileri mekanikal masih mampu menang dipersekitaran baru ini.

Pada tahun 1974, Amerika SYarikat memulakan program mengkagumkan bagi memodenkan armada kereta kebal sedia adanya dan memulakan penghasilan pukal M60A1, dan kemudiannya M60A3; pada masa yang sama ketika M1 dibangunkan. Belanjawan bagi reka bentuk dan penghasilan kereta kebal meningkat semasa pentadbiran Ronald Reagan, berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Sebagai tindak balas pada ATGMS mudah-alih Infantri dan muatan kenderaan, perisai kenderaan lebih berkeupayaan telah dibangunkan. Perisai ruang, perisai komposit, perisai letupan reaktif, dan sistem perlindungan aktif—seperti sistem Russia Shtora, Drozd, dan Arena—dipasang pada kereta kebal baru dan lama. DIsebalik peningkatan ini peluru berpandu besar kekal sangat berkesan menentang kereta kebal. Ini dibuktikan pada tahun 1991 apabila kejadian tembakan sahabat, peluru berpandu anti-kereta kebal Hellfire membinasakan sebuah kereta kebal M1 Abrams terbaru.